MAKANAN BEST SEKITAR ALOR SETAR
Bagi pengunjung ke bandar Alor
Star, mungkin ramai tertanya di mana nak makan sedap. Beberapa tempat perlu
menjadi pilihan anda. Antaranya:.
GULAI IKAN TEMENUNG (KARI
IKAN KEMBONG)
Paling best di Kuala kedah Ikan fresh. Menuju ke Jeti kuala kedah Masuk kiri bila sampai ke simpang trafik light Batas Paip. Hanya 100 meter dari trafik light. Kedudukan betul-betul di pintu masuk kilang Bernas).

LAKSA TELUK KECHAI
Jalan Kuala Kedah - ada dua kedai. Kedua-duanya di miliki adik beradik
Jalan Kuala Kedah - ada dua kedai. Kedua-duanya di miliki adik beradik
APAM LENGGANG
STESEN BAS LAMA
Sebenarnya stesen bas lama di
Jalan Langgar yang dimaksudkan bukan lagi menjadi sebuah stesen kerana
keseluruhan terminal bas di Alor Setar telahpun dipindahkan ke kawasan Mergong
sejak beberapa tahun. Tapi uniknya restoran ini ialah kerana ia adalah antara
tempat persinggahan rakan-rakan sekolah membeli sarapan bagi sebelum memasuki
kawasan sekolah, apatah lagi lokasinya yang terletak bertentangan dengan stesen
bas.Ada dua jenis apam yang ada — biasa dan campur telur. Memandangkan
orang agak ramai dan tenaga kerja yang membuatnya terhad (hanya seorang Achi
dan anaknya) .
AIR NIRA NIPAH FRESH
Ladang Nipah Ismail Che Kar di
Jalan Kuala Sedaka, di daerah Yan. Satu
jag nira ini berharga RM10. Minum dibawah rimpunan pokok nira, Perusahaan Nira
ini pernah disiarkan di akhbar tempatan. Ia juga mendapat bimbingan daripada
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
ROTI JALA KUAH AYAM DAN DURIAN
Merupakan perniagaan turun
temurun lokasi stadium darul aman
KOPITIAM
Berhampiran Bulatan Teluk Wan Jah disini terdapat bermacam jenis makanan anda hanya perlu membuat tempahan sahaja.Masakan disediakan oleh orang Islam, minuman oleh orang Tiongha(bos) pekerjanya orang islam.

NASI KAMPUNG
(Pumpong - Lebuhraya Sultan Abdul Halim - sebelah kiri selepas Wisma Darul Aman/Kedah Medical Center. Ada dua kedai. Satu bernama DEE. Mana-mana pun boleh. Kedua-duanya sedap)
(Pumpong - Lebuhraya Sultan Abdul Halim - sebelah kiri selepas Wisma Darul Aman/Kedah Medical Center. Ada dua kedai. Satu bernama DEE. Mana-mana pun boleh. Kedua-duanya sedap)
LAKSA, BUBUR KACANG, BUBUR
PULUT HITAM - TARBUS
(Dah berpindah ke Hospital Alor Star yang baru di Jalan Langgar) - Kalau nak beli laksa berkilo-kilo, sila ke Jalan Hutan Kampung (gunakan Jalan Langgar menghala ke Hospital Alor Star yang baru atau ke Pokok Sena/Pedu - masuk kiri di trafik light. Dahulu RM6 sekilo, termasuk kuah dan ulam. Sekarang mungkin dah naik sebab harga beras dah naik. Laksa di sini di buat dari beras, bukannya glass mee macam di KL)

MEE ABU
Menurut sejarah, Kedai Mee Abu yang asal terletak di Jalan Sultanah.
Pada tahun 80an, Secara umumnya, mee yang dijual di sini terbahagi pada dua
jenis — mee basah dan goreng-gorengan.
Yang menjadikan rasa Mee Abu ini lain dari mana-mana mee mamak
seantero Malaysia ialah resipi rahsia sos/kuah yang digunakan untuk menggoreng
mee/meehoon/kuaytiau atau dimakan bersama mee yang direbus.
MAT CUCUR UDANG
Mat Cucur
Udang memulakan bisnes sekitar 70an dengan membuka gerai di pasar-pasar malam
sekitar Alor Setar. Jadi untuk mendapatkan cucur udang ini sebelum ini, anda
perlu tahu di manakah tempat pasar malam dilangsungkan pada malam berkenaan.
Namun kini mereka sudah memiliki gerai tetap di Taman PKNK yang dibuka setiap
hari kecuali Selasa.
NASI LEMAK
ALI/NASI LEMAK ROYALE
Ingin saya nyatakan di sini
bila orang Alor Setar menyebut ‘nasi lemak’, ia adalah bersamaan ‘nasi minyak’
bagi penduduk negeri lain di Malaysia. Ini kerana ‘nasi lemak’ di sebelah sini
adalah berwarna kekuningan dan rasanya tak seperti mana-mana nasi lemak
berwarna putih yang dijual dengan telur rebus, sambal ikan bilis dan kacang di
tempat-tempat lain.
Arwah Pak Ali mula-mula membuka gerai ini di Restoran Bunga
Tanjung di Seberang Perak. Bila perniagaan meningkat maju, beliau menyewa
sebuah kedai di seberang jalan dari restoran asal dalam tahun 1980an, yang
dikenali sebagai Restoran Haji Ali. Kisah-kisah mengenai Nasi Lemak Ali ni
memang klasik dan ada antaranya dah jadi “urban legend”. Cara penjaga kaunter
nasi mencedok kuah dan lauk merupakan satu ‘seni’ yang tersendiri. Secara
peribadi, saya menggemari lauk hati ayam dan telur rebus dengan kuah campur.
Simply divine! Ayam goreng pula digoreng ‘fresh’ di restoran tersebut juga.
Secara alternatif, anda juga boleh mendapatkan Nasi Lemak Royale
yang mempunyai kira-kira 6 cawangan di sekitar Alor Setar.Namun perlulah
dinyatakan juga di sini bahawa kebanyakan “orang luar” yang makan Nasi Lemak
Ali ni tidak begitu menggemari rasanya. Ada juga yang menyatakan Nasi Lemak
Royale lebih sedap dari Nasi Lemak Ali dan sebaliknya.
0 comments:
Post a Comment