TEMPAT
MENARIK SEKITAR ALOR SETAR
Kedah tidak perlu diperkenalkan lagi
kerana banyak tempat menarik yang terdapat di sana selain terkenal dengan sawah
padi yang menghijau. Alor Star, ibu negeri Kedah mempunyai banyak tempat
pelancongan yang menarik lagi bersejarah. Dengan penduduk kira-kira 400,000
orang, ia antara bandar tertua rantau ini. Ramai yang mencari tempat menarik di
alor setar kedah khususnya tempat makan di sekitar alor setar.
Antara tempat-tempat menarik di alor
setar iailah seperti Balai Besar, Alor Setar, Balai Nobat, Alor Setar, Balai
Seni Negeri, Alor Setar, Galeri Sultan Abdul Halim, Kota Kuala Kedah, Masjid
Zahir,, Menara Alor Setar, Muzium Negeri, Muzium Padi, Alor Setar dan Rumah
Kelahiran Tun Mahathir.Alor Star, ibu negeri Kedah mempunyai banyak tempat
pelancongan yang menarik lagi bersejarah.
Dengan penduduk kira-kira 400,000 orang,
ia antara bandar tertua rantau ini.Bandar itu terletak 93 kilometer ke utara
Butterworth, Pulau Pinang dan 45 kilometer ke selatan sempadan
Malaysia-Thailand.Alor Star melahirkan ramai pemimpin negara seperti Perdana
Menteri Malaysia pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Perdana Menteri
keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ayahanda Perdana Menteri kelima Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Allahyarham Datuk Ahmad Badawi Abdullah, juga
berasal dari Alor Star, walaupun lahir di Kepala Batas, Butterworth, Pulau
Pinang.Alor Star telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada Disember 21, 2003
oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
Ini adalah antara tempat menarik di Alor
Star.
Menara Alor Setar
Menara Alor Setar terletak di
tengah-tengah Alor Setar dan ia menjadi mercu tanda yang mewakili pembangunan
pesat di Kedah. Ia adalah menara ke-2 tertinggi di Malaysia dan ke- 19 di
dunia. Ia dibuka secara rasmi kepada pelawat pada 14 Julai 2007 oleh Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Masjid Zahir
Masjid Zahir dibina pada tahun 1912 di
mana ia di antara masjid yang cantik di Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah
bandar Alor Setar di mana rekabentuknya diilhamkan oleh lewat Sultan Muhammad
Jiwa Zainal Abidin II.
Balai Besar
Balai Besar telah dibina pada tahun
1898. Ia terletak berhampiran padang dataran atau bandar utama Alor Setar.
Balai Besar masih digunakan untuk upacara diraja dan beberapa fungsi negeri.
Pengaruh Thai dalam seni bina ia dilihat dalam beberapa ukiran kayu yang
kompleks.
Balai Nobat
Asalnya dibina pada tahun 1854 dan
diubahsuai pada tahun 1906. Ia adalah sebuah rumah instrumen suci Orkestra
Diraja, dimainkan hanya sepanjang upacara diraja sulung, perkahwinan dan pengebumian.
Instrumen yang menghasilkan strain menghantui muzik nobat terdiri daripada tiga
gendang, gong, dan seruling.
Pekan Rabu
Pasar Rabu yang dibuka setiap hari dari
pagi hingga malam menjual pelbagai hasil ladang tempatan, kraftangan, hidangan
tempatan, pakaian, buah-buahan dan perhiasan boleh didapati di sana.
Istana Cik Spacendra
Bangunan ini terletak di Alor Setar,
yang dibina pada 1882.Ia juga dikenali sebagai Istana Kampung Bharu. Ia adalah
istana Cik Spacendra isteri pertama Sultan Abdul Hanaid Halint Shah
(1881-1943).
Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara adalah destinasi yang
menarik untuk dilawati di Alor Setar. Ia terletak di Gunung Keriang kira-kira 8
km dari bandar Alor Setar. Ia memaparkan kepada awam tentang sains dan
teknologi serta inovasi baru. Pusat ini dibuka bermula dari 9 pagi hingga 5
petang dan masuk adalah percuma.
Muzium Padi
Muzium Padi ini terletak berhampiran
Gunung Keriang yang merupakan di anatara tarikan pelancong apabila sampai di
Kedah. Antara pameran yang menarik di dalam ialah terdapat pelbagai peralatan
padi, basikal tua, perangkap ikan dan banyak lagi.
Istana Anak Bukit
Istana Anak Bukit merupakan tempat yang
indah untuk pelawat kunjungi kerana ia dihiasi dalam gaya formal landskap yang
unik dan cantik.
Balai Besar
Bangunan ini dibina pada tahun 1735 oleh
Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah. Dinding, atap dan lantainya diperbuat
daripada kayu.Bangunan ini rosak teruk ketika tentera Siam menyerang
Kedah.Ketika pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah, baginda yang merupakan
ayahanda Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia pertama,
membaik pulih bangunan ini.Banyak acara penting diadakan di bangunan ini,
antaranya perkahwinan diraja dan persidangan Dewan Undangan Negeri dari tahun
1905 hingga 1973.
Balai Nobat
Bangunan ini dibina setinggi lapan meter
dan lima meter lebar. Ia menyimpan pelbagai khazanah peralatan muzik diraja,
antaranya serunai, nafiri, gendang dan gong.
Galeri Seni Lukis
Bangunan ini menghimpunkan pelbagai
hasil seni termasuk seni lukis, fotografi, pertukangan tangan dan peralatan
muzik.
Pekan Rabu
Pekan Rabu terletak berdekatan bangunan
jabatan kerajaan. Walaupun namanya Pekan Rabu, perniagaannya dibuka setiap hari
berikutan sambutan orang ramai. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan
termasuk pakaian, kraftangan dan makanan tradisional.
Masjid Zahir
Masjid ini dibina pada tahun 1912
sebagai penghargaan kepada Tunku Mahmud Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.
Tapak perkuburannya mengandungi makam pahlawan negeri yang mempertahankan Kedah
dari serangan Siam pada 1821.
Muzium Diraja Kedah
Bangunan ini asalnya diperbuat daripada
kayu dan dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah pada 1735.Tunku Abdul
Rahman dilahirkan dan dibesarkan di bangunan bekas istana ini.
Menara Alor Star
Ia terletak di tengah bandaraya Alor
Star dengan ketinggian 165.5 meter.
Ia adalah lambang kemodenan dan
kepesatan pembangunan di Kedah. Ia berfungsi sebagai menara telekomunikasi dan
tarikan pelancong.Menara ini adalah menara telekom kedua tertinggi di negara
ini dan ke-19 di dunia.
Terusan Wan Mat Saman
Tali air terpanjang di negara ini. Ia
menghubungkan Sungai Kedah di Alor Star dengan kaki Gunung Jerai di Gurun,
Sungai Petani, di selatan Kedah.Ia dibina untuk memberi kemudahan pengairan
kepada petani di Kedah sebab Kedah ialah periuk nasi Malaysia.
Terusan ini dibina dari tahun 1885 ke
1895 tanpa peralatan sains dan teknologi moden oleh Datuk Wan Mat Saman Wan
Ismail, Datuk Bendahara Kedah di zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah.Wan Mat
Saman adalah nenda saudara kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia keempat.
Tempat kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad
0 comments:
Post a Comment